[VIDEO] Ngilu tengok kulit kepala tersiat, bouncer parah kena tetak ketika lerai 2 geng bergaduh tepi lorong gelap


  • 112
  • Selasa, 20 Feb 2024

Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan dalam kejadian di lorong Bangunan Fajar, Tawau, Sabah pada Ahad.

SEORANG pengawal keselamatan di sebuah kelab malam cedera parah akibat ditetak dipercayai sewaktu cuba meleraikan pergaduhan melibatkan dua kumpulan dalam kejadian di lorong Bangunan Fajar, Tawau, Sabah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa yang berusia 32 tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk Kg Jimpangah, Beaufort perjelas asal usul tanah dibeli warga Pakistan

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kelab malam terpaksa dirawat di unit kecemasan Hospital Tawau akibat kecederaan yang dialaminya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan di kawasan lorong Bangunan Fajar.

“Mangsa cuba meleraikan perselisihan faham tersebut namun seorang suspek lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba bertindak menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

WhatsApp Image 2024-02-20 at 21.42.28

Mangsa mengalami kecederaan pada belakang kepala dan tangan sebelah kiri akibat insiden itu.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di belakang kepala dengan kulitnya tersiat dan luka tangan sebelah kiri akibat insiden itu.

Jelasnya, usaha mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian tersebut sedang giat dijalankan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Terdahulu, tular video insiden pergaduhan itu yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram