[VIDEO] Jiran terkedu, ah long beramai-ramai serbu rumah hayun parang sampai pecah pagar di Klang


  • Tular
  • Selasa, 30 Jan 2024

Tangkap layar sekumpulan lelaki berparang dipercayai ah long menyerbu sebuah kediaman di Klang, Selangor baru-baru ini.

SEBUAH keluarga berdepan detik cemas apabila didatangi sekumpulan lelaki bersenjata yang tampil menyerbu kediaman dipercayai dekat Klang, Selangor baru-baru ini.

Dilihat turut membawa parang bersama, kumpulan berkenaan kemudiannya terus menghancurkan motosikal dan kereta milik penghuni rumah berkenaan.

Insiden itu disaksikan dua jirannya di rumah bersebelahan, namun gagal dihentikan gara-gara kumpulan terbabit dilihat terus mengganas ketika kejadian.

Menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai berlaku pada 14 Januari lalu, namun ia mula tular di laman media sejak Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Samun bersenjata, pasangan disyaki suami isteri 'gertak' pekerja hotel di Gombak

BACA LAGI: Pelajar Tingkatan 1 antara '6 jahanam' aktif samun, tetak mangsa guna parang di Melaka

Kejadian itu dipercayai angkara perbuatan pengutip hutang ataupun 'ah long' yang cukup terkenal dengan kegiatan jenayah sedemikian.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan namun beberapa barangan serta peralatan rumah dikatakan mengalami kerosakan teruk akibat kelakuan pelaku.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram