[VIDEO] Berang ibu sering dikasari, remaja tekad tetak bapa tiri berkali-kali sampai kena usung ke hospital


  • Benua
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan beberapa orang awam mengusung mangsa yang cedera parah menggunakan pengusung kain ke hospital terdekat. — Agensi

BERANG bapa tiri sering memarahi dan mengasari ibunya, seorang remaja lelaki nekad menetak lelaki berkenaan menggunakan parang sehingga parah baru-baru.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sebuah kampung di daerah Garut dekat Jawa Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.

Malah video insiden berkenaan turut tular di laman media sosial dan menjadi bualan ramai sehingga kini.

Manakan tidak, remaja lelaki tersebut terus menetak bapa tirinya itu berkali-kali di kepala walaupun cuba dileraikan oleh penduduk kampung.

Pada masa sama, ibunya juga dilihat menangis teresak-esak dan cuba memujuk suspek di tempat kejadian.

Dalam video tersebut juga, kelihatan beberapa orang awam mengusung mangsa yang cedera parah untuk mendapatkan rawatan ke hospital terdekat.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Memetik laporan media antarabangsa HarapanRakyat.Com, suspek berbuat sedemikian kerana sudah tidak tahan dengan tindakan bapa tirinya, Asep Dadang Irawan yang suka memarahi dia dan ibunya.

Ketua Polis Garut, Rinaldo berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati dan marah dengan mangsa.

"Mangsa selalu memarahi suspek dan ibunya. Perbuatan seperti ini tidak patut dicontohi terutamanya bagi mereka yang sebaya dengan umur suspek," katanya.

Setakat berita ini ditulis, mangsa masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital tempatan ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya di muka dan leher.

Pada masa sama, suspek yang hanya dikenali sebagai 'R' berumur 15 tahun sudah ditahan dan bakal didakwa dalam masa terdekat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram