Kes saman TPM ditangguh, Tun M masuk IJN akibat jangkitan


  • Primer
  • Rabu, 14 Feb 2024

Tun Mahathir dilaporkan dimasukkan ke dalam IJN bagi mendapatkan rawatan susulan jangkitan yang dihidapinya. — The Star

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dilaporkan dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan jangkitan yang dihidapinya.

Jurucakapnya dilaporkan berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas.

"Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” katanya, lapor media tempatan.

BACA LAGI : Lebih 10 kali beri keterangan, rasa diri macam penjenayah — Tun Mahathir

msg1050426791-25185

Kes saman Zahid yang ditangguhkan lagi.

BACA LAGI : 'Ini bukan zaman Tun M' antara jawapan kononnya Anwar Ibrahim bernasib baik jadi PM

Susulan itu, pendengaran kes saman Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan fitnah tentang isu 'kutty' yang sepatutnya ditetapkan pada Selasa ditangguhkan kepada 19 Julai ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong dilaporkan membenarkan penangguhan tersebut selepas menerima permohonan daripada peguam Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi.

Mior dikatakan membuat permohonan itu dengan menyatakan bahawa anak guamnya kini sedang mendapatkan rawatan di IJN.

Sementara itu, IJN juga dikatakan menghantar satu surat kepada mahkamah dengan menyatakan Mahathir tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.

Penangguhan perbicaraan kes tersebut sebenarnya bukan kali pertama dilakukan dan pernah ditangguhkan sebelum ini.

Pada 3 November 2023, media melaporkan, perbicaraan kes saman yang dijadualkan bermula 11 September 2023 itu ditangguhkan ke 13 Februari tahun ini.

Saman itu dilakukan kerana Zahid dikatakan telah mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada Mahathir ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Mahathir dilaporkan percaya individu yang dirujuk dalam kenyataan fitnah iaitu 'orang', 'dia' dan 'kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram