ISU perebutan tanah pusaka sering kali berlaku dan boleh melibatkan sesiapa sahaja dan perkara sama juga boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang sehingga bermasam muka antara satu sama lain.
Malah, ada yang boleh bertindak di luar jangkaan apabila isu itu tidak dapat diselesaikan dengan baik
Terbaharu tular satu video memaparkan seorang warga emas wanita mengamuk selepas sempadan tanah rumah miliknya dikatakan dicerobohi jiran tetangga.
Tindakan wanita itu turut dirakam oleh salah seorang ahli keluarganya.
Melalui maklumat yang dikongsikan, kejadian itu didakwa berlaku di salah sebuah negeri di Pantai Timur.
BACA LAGI : [VIDEO] Staf lapangan terbang tak sedar rakan di ambang maut terkena renjatan elektrik
BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda
Namun hasil, pemeriksaan Majoriti, insiden itu sebenarnya berlaku di Aceh, Indonesia pada 10 Februari lalu.
Video dikongsikan itu dimuat naik naik oleh Yusri Ram di platform TikTok.
Difahamkan warga emas yang mengamuk itu adalah salah seorang ibu saudaranya.
Menurutnya, ibu saudaranya itu bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan jiran mereka yang telah memagar sempadan tanah mereka.
Tambahnya lagi, jirannya itu telah mengambil sebahagian daripada tanah milik mereka.
Mereka cuba menyelesaikan isu dengan cara yang baik namun gagal sehingga menyebabkan ibu saudaranya hilang kawalan.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan warga emas wanita itu mencabut beberapa tiang pagar dan mencampaknya ke tanah.
Dia juga kelihatan beremosi sambil menjerit sesuatu.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan perkara itu dapat diselesaikan secara baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram