[VIDEO] Kibar Jalur Gemilang depan Taj Mahal, rakyat Malaysia buat permohonan maaf bertulis


  • Benua
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tindakan sekumpulan wanita kibar Jalur Gemilang bertentangan dengan larangan aktiviti promosi, komersial, melobi di Taj Mahal, India.

HANYA kerana mengibar Jalur Gemilang di monumen Taj Mahal di Agra, India, sekumpulan pelancong wanita telah ditegur pengawal keselamatan dan diminta membuat permohonan maaf bertulis.

Satu video memaparkan insiden tersebut juga turut tular dalam laman media sosial dan menjadi bualan ramai.

Memetik laporan Hindustan Times, keenam-enam rakyat Malaysia, yang ditemani pemandu pelancong tempatan, bergambar di hadapan monumen itu dengan memegang Jalur Gemilang.

Difahamkan, tindakan itu bertentangan dengan larangan aktiviti promosi, komersial dan melobi di Taj Mahal.

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer masuk sarang scammer di Kemboja ditahan buat 'content' palsu

BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil

Pembantu pemuliharaan kanan Kajian Arkeologi India, Prince Vajpayee berkata, tular sebuah video di mana kumpulan wanita berkenaan dilihat memegang bendera negara mereka di laluan berhampiran tangki pusat,

"Apabila disoal siasat, mereka berkata mereka tidak tahu mengenai sekatan ke atas tindakan melobi atau aktiviti promosi di Taj Mahal.

"Mereka mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan dibenarkan keluar. Warga India yang menemani mereka juga memaklumkan tidak mengetahui tentang norma di Taj," katanya.

Menurut laporan itu, kejadian sebegitu jarang berlaku.

Monumen cinta agung terkenal dunia itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram