[VIDEO] Kayuh pelan sangat, penunggang basikal maut kena gilis kereta api


  • Tular
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tangkap layar seorang lelaki maut selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam satu kemalangan ngeri.

SEORANG lelaki maut selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam satu kemalangan ngeri baru-baru ini.

Video tersebut turut tular di laman media sosial X (Twitter) dan menjadi bualan ramai.

Manakan tidak, melalui video yang dikongsikan itu, video itu didakwa berlaku di Semenanjung Malaysia.

Namun, hasil pemerhatian Majoriti, kejadian itu berlaku disalah sebuah daerah di Taiwan berdasarkan reka bentuk dan warna kereta api terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut di kerusi pemandu lepas berbalas tembakan dengan polis peronda

Melalui data yang tertera pada rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan pada Sabtu, kejadian itu berlaku 7 September lalu.

Pada waktu kejadian, mangsa yang menunggang sebuah basikal dilihat cuba menyeberangi landasan kereta api berkenaan untuk menuju ke seberang.

Namun pergerakannya yang terlalu perlahan dikatakan menjadi penyebab dia dirempuh dan digilis kereta api tersebut.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan badan mangsa berpusing beberapa kali di atas rel.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram