SEORANG lelaki yang sedang bercuti bersama keluarganya di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu dikhuatiri lemas selepas dia ditarik ombak besar dalam kejadian pada Ahad.
Lebih menyedihkan, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 dilaporkan hilang selepas ditarik ombak musim tengkujuh ketika bersiar-siar di gigi air tepi pantai tersebut sambil disaksikan isteri dan dua anaknya.
Video mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 11.31 pagi itu tular di media sosial dengan pihak bomba dilihat sedang giat melakukan operasi mencari mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Sejengkal dari ajal, wanita hampir maut selepas bumbung ranap timpa kereta
BACA LAGI: [VIDEO] Seret campak masuk kolam renang, lelaki durjana dirakam cuba lemaskan kekasih hamil
Berdasarkan klip berkenaan, terdapat juga individu dilihat mengalunkan seruan azan dipercayai bagi membantu usaha operasi mengesan lelaki tersebut yang datang bercuti dari Kuala Lumpur bersama keluarganya.
Dalam pada itu, Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusmizan Yusof dilapor mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Menurutnya, gerakan mencari mangsa sedang giat dilakukan dalam radius 20 meter dari kawasan pesisir pantai dengan dibantu oleh 13 anggota bomba.
Ujar beliau, pihaknya turut berdepan cabaran dalam pencarian akibat ombak besar dan arus kuat pada penghujung Monsun Timur Laut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram