[VIDEO] 'Saya takkan main bola dah', Aisar Khaled trauma patah kaki lepas main bola di Kedah


  • Hiburan
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar kejadian Aisar Khaled menerima rawatan di klinik selepas dipercayai mengalami patah kaki di Kedah.

SEORANG pempengaruh media sosial, Aisar Khaled trauma untuk bermain bola sepak selepas mengalami kecederaan patah kaki dalam perlawanan bola sepak di Kedah.

Menerusi hantaran di Instagram, Aisar Khaled memuat naik detik-detik dia sedang menendang bola dengan sepakan deras sebelum dirempuh pula oleh pihak lawan sehingga jatuh terpelanting.

Kejadian itu mengakibatkan Aisar terbaring dan dilihat berguling-guling di atas padang kerana cuba menahan kesakitan.

Selang beberapa minit, pasukan penyelamat datang membantunya dan dia dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

"Terima kasih Klinik Dr Halimah bantu saya jalani ujian x-ray dan rawatan," tulisnya.

BACA LAGI: Kemurungan punca wanita tanpa pakaian ditemukan mati lemas di Tasik Pandan Lake View

BACA LAGI: Mayat wanita 40-an ditemukan tanpa pakaian di tasik Ampang

Peristiwa malang itu juga menyebabkan Aisar seolah-olah serik dan tidak lagi mahu untuk bermain bola sepak.

"Saya tak akan main bola lagi dah, selepas ini banyak lagi nak pakai kaki ini, kedua-dua kaki saya patah," tulisnya.

Aisar turut meminta doa orang ramai supaya diberikan kesembuhan dengan secepatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi tip serta doa supaya proses pemulihan kaki berjalan dengan lancar.

"Saya berubat cara kampung namanya sangkal putung, alhamdulillah dengan izin ALLAH sihat walafiat," tulis andak_2712.

"Boleh juga pergi di Selama jumpa tukang urut patah, dia urut sambil baca ayat al-Quran, saya patah bahu dulu urut dengan dia. Alhamdulillah tak perlu kena skru tulang bahu," tulis izzdin.co.

"Allahuakbar, semoga cepat sembuh," tulis Sharifahzarina_official. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram