PENYANYI Khai Bahar meluahkan hasrat terpendam untuk berduet bersama penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain.
Pelantun yang popular dengan lagu Luluh itu berkata, Ziana Zain adalah individu di sebalik kemampuannya mampu mencapai teknik vokal luar biasa.
"Kerana kerap menyanyikan lagu Ziana Zain, saya mampu mencapai key yang agak tinggi.
"Lagu yang saya suka nyanyi sejak 2020 adalah Madah Berhelah, sejak belum bergelar penyanyi saya dah banyak dengar lagu dia," katanya kepada Majoriti.
Khai Bahar idam berduet dengan Ziana Zain.
Menurutnya lagi, dia pernah bergandingan bersama penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza namun sama sekali belum memiliki peluang untuk tampil sepentas dengan Ziana Zain.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang itu turut mendedahkan persediaan rapi yang dibuat sebelum menghiburkan peminat dengan lagu-lagunya.
"Ikut keadaan, kalau saya tengah batuk, saya elak ambil ais," katanya.
Mengulas perkembangan semasa, Khai Bahar memberitahu, dia sedang mempromosikan lagu berjudul Lemas yang ada kaitan dengan kebanyakan orang.
"Lagu ini sangat dekat dengan ramai orang, bila saya sendiri dengar lagu ini, rasa macam sangat kena dengan hubungan percintaan lalu," katanya.
Sebelum ini, Khai Bahar pernah mencuri hati peminat dengan dendangan lagu berjudul Hanya Segenggam Setia, Oh Wanita dan Satukan Rasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram