BEBERAPA orang kanak-kanak dilihat bersuka ria melakukan aktiviti mandi-manda di sebuah pantai yang mempunyai tanda amaran bahaya.
Menerusi video dimuat naik di Facebook Affrizal Mohamed, terdapat beberapa bendera merah yang dipacakkan di kawasan pantai tersebut.
Tindakan memacak bendera merah di kawasan pantai adalah sebagai tanda amaran untuk melarang individu melakukan aktiviti mandi-manda susulan keadaan laut bergelora atau berombak besar yang boleh mengundang risiko lemas.
BACA LAGI : Remaja hampir lemas di Machang diselamatkan orang awam
BACA LAGI : Warga emas ditemukan lemas lepas redah banjir di Kuantan
Bagaimanapun, dalam video itu, beberapa pengunjung bersama anak kecil tanpa rasa takut melanggar amaran tersebut.
"Apabila ditegur marah, ombak depan mata bukan main tinggi dan berlipat lagi. Bendera merah pun dah pasang, ini siap bawak anak lagi masuk air.
"Buat je la barbeku macam brader dekat pondok tu, makan-makan main pasir lepas itu balik," dakwa pengguna berkenaan.
Pada masa sama, mereka juga dilihat melakukan aktiviti di dalam air laut yang bergelora dan berombak besar tanpa dihalang oleh pihak keselamatan pantai.
Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan serta lokasi sebenar juga tidak dapat dipastikan lagi.
Rata-rata warganet yang melihat perkara tersebut juga meluahkan rasa berang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
"Memang menempah maut," komen Russiah Bador.
"Masih degil tak ambil iktibar," tulis Aswan Bin Saffie.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram