IDENTITI wanita yang ditemukan lemas selepas dilihat berjalan dalam keadaan berbogel di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, Kuala Lumpur telah dikenal pasti sebagai wanita tempatan berusia 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat mangsa mengalami kemurungan.
"Identiti mangsa sudah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas.
"Punca kejadian dipercayai mangsa mengalami kemurungan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: Mayat wanita 40-an ditemukan tanpa pakaian di tasik Ampang
Wanita itu ditemui lemas di Tasik Pandan Lake View, Ampang, Kuala Lumpur.
BACA LAGI: [VIDEO] Jatuh talak atau jadi suami susuan? Ketahui hukum sebenar suami minum susu isteri
Pada Ahad, mayat wanita tanpa pakaian ditemui selepas orang awam melaporkan wanita berkenaan dilihat berjalan seorang diri menuju ke dalam Tasik Pandan Lake View.
Mayat mangsa yang dibawa naik oleh pihak bomba dua jam selepas kejadian itu dilaporkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram