SEORANG lelaki warga emas ditemui meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya dekat Ampang, Selangor pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.04 malam Jumaat.
BACA LAGI : [VIDEO] Staf lapangan terbang tak sedar rakan di ambang maut terkena renjatan elektrik
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA LAGI : [VIDEO] Berebut tapak parkir, punca pemandu e-hailing, teksi limosin berbalas tumbukan di 'landside' KLIA
“Operasi di lokasi mendapati mangsa, B. Vadivalu, 71, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Ampang.
“Bagi menurunkan mangsa, bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama bantuan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya lagi, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram