Salahkan pemandu cucuk ambulans, Nga Kor Ming patut minta maaf — Netizen


  • Massa
  • Ahad, 11 Feb 2024

Kenderaan yang dinaiki Nga Kor Ming ketika kejadian di Lebuhraya PLUS pada 3 Februari lepas.

TINDAKAN seorang menteri bersama pemandunya mengekori sebuah ambulans di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, Ipoh, Perak pada 3 Februari lalu nampaknya masih belum dapat diterima ramai.

Walaupun ia sudah diakui oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selepas tularnya kejadian tersebut, namun tetap tidak dapat memuaskan hati rata-rata warganet.

Menerusi satu ciapan dimuat naik di Twitter (X) @aikhwan87, dia meluahkan rasa berangnya susulan pengakuan menteri tersebut kerana dianggap sebagai seorang yang sombong.

BACA LAGI : Isu menteri 'cucuk rapat' ambulans sebab tak sempat hadir program kebajikan, polis Perak ambil keterangan driver

msg1050426791-24690

Kenyataan yang dikeluarkan Nga di Facebook rasminya pada 7 Februari lalu.

BACA LAGI : Wanita halang ambulans sah pesakit mental, ramai desak batalkan lesen memandu

Pengguna akaun yang dipercayai pro Perikatan Nasional (PN) itu juga mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan Nga hanyalah mahu menyalahkan pemandunya.

"Kenyataan Nga Kor Ming yang hina, angkuh dan biadap. Pemilihan ayat dan penjelasan yang tidak boleh diterima," tulisnya.

Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa, tiada kata maaf daripada menteri itu dalam pengakuan yang dibuat sebelum ini.

"Tiada rasa penyesalan dalam kenyataan itu. Tiada perkataan maaf. Hanya sekadar putar belit untuk memberi justifikasi terhadap apa yang berlaku.

"Kenapa Nga terus menyalahkan pemandu? Adakah pemandu itu mengikut ambulans tanpa kebenaran dia? Kenapa Nga tak arah jangan?," dakwanya lagi.

msg1050426791-24691

Ciapan yang dimuat naik pengguna tersebut. — Twitter/Ahmad Ikhwan

Dalam pada itu, dia sempat membuat kesimpulan bahawa pengakuan yang dibuat Nga itu seolah-olah menjerat diri sendiri.

"Kesimpulannya, kejadian ini menunjukkan belang serta perangai sebenar Nga. Bermuka-muka, tidak jujur dan manipulasi. Sama seperti partinya," dakwanya.

Rata-rata warganet lain turut dilihat berang dengan kenyataan Nga itu dan menggesa agar menteri tersebut membuat permohonan maaf susulan isu berbangkit itu.

Terdahulu, Nga membuat pengakuan bahawa pemandunya terpaksa mengekori ambulans untuk memberi laluan kepada kepada kenderaan ke lokasi kemalangan.

Katanya, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, Perak.

Namun, dalam kenyataan berbeza, pihak polis mengesahkan bahawa menteri terbabit tidak dapat menghadiri program itu kerana kesesakan lalu lintas.

Polis juga dilaporkan sudah mengambil keterangan kedua-dua individu berkenaan sejurus kejadian itu tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram