[VIDEO] Penunggang motor melambung rempuh kereta tak jadi 'U-turn', berhenti tengah jalan di Ketereh


  • Tular
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan seorang penunggang motosikal yang terpelanting ke bahu jalan selepas merempuh kereta terbabit di Ketereh, Kelantan pada Jumaat.

SEORANG penunggang motosikal terpelanting selepas merempuh sebuah kereta di lebuh raya di Ketereh, Kelantan pada Jumaat.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di Facebook Ketereh Community pada Sabtu, kereta tersebut dilihat mahu membuat pusingan U.

Namun, pusingan itu tidak disempurnakan, malah pemandu terbabit memberhentikan keretanya secara bertentangan dengan arah laluan di tengah jalan raya itu.

BACA LAGI: Pemandu Wira rempuh penunggang OKU sampai maut di Jalan Batu Kitang bukan lari tapi serah diri

BACA LAGI : ‘Kalau ikut semua peraturan senang’, penduduk Jenderam Hilir tak puas hati respons JKR Sepang pasang signboard ‘No U-Turn’

Tindakan itu sekali gus membuatkan penunggang motor yang dilihat menunggang dalam keadaan laju merempuh kereta tersebut dan terpelanting ke bahu jalan.

Mangsa kemudiannya berdiri dan pergi ke arah pemandu itu sebelum dikerumuni orang awam di sekitar lokasi kejadian.

Pada masa sama, orang ramai turut membantu membawa motosikal mangsa ke tepi jalan supaya tidak menghalang laluan jalan.

Tetapi, keadaan sebenar mangsa serta punca pemandu berkenaan melakukan tindakan sedemikian masih tidak dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram