TINDAKAN seorang penunggang lelaki yang mencuri rim dan tayar motosikal di sebuah kediaman flat dipercayai dekat Subang, Selangor pada Khamis mengundang kecaman warganet.
Insiden terbabit berlaku apabila pelaku terlebih dahulu melihat kawasan sekeliling sebelum mula mencabut kedua-dua tayar motosikal berkenaan.
Tidak dibantu sesiapa, kepantasan dan kecekapan pemuda bertopi keledar merah itu ketika melakukan kegiatan tersebut mengundang perhatian ramai.
Rata-ratanya menyifatkan pelaku seperti sudah terbiasa melakukan perbuatan mencuri rim tayar selepas dilihat berjaya melakukannya kurang dari lima minit.
BACA LAGI: [VIDEO] Pasang CCTV tak jalan, penduduk bimbang penyangak selamba buat 'job' waktu siang
BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat 5 sekeluarga disyaki mencuri di kedai gajet Kota Tinggi
"Nampak sangat dah biasa mencuri, dia laju buat kerja sampai tak ada sesiapa pun perasan walaupun siang hari," kata Naim Izaini.
"Ini memang pencuri, laju betul buat kerja dan tak ada yang tolong, entah berapa biji rim la agaknya dia rembat sebelum ini," ujar Aiman Radzi.
"Tengok gaya macam pro, kurang beberapa minit saja dah boleh tanggalkan rim tayar depan belakang, kalau yang tak biasa mesti terkial-kial nak buat, tapi ini memang kerja pencuri," tambah Faridduzai.
Pelaku kemudiannya terus beredar dari lokasi terbabit bersama dua buah rim tayar yang dicurinya.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram