[VIDEO] Pura-pura pengsan lepas cuba tumbuk penjenayah berpistol, lelaki dikecam menyorok belakang kekasih


  • Benua
  • Khamis, 15 Feb 2024

Tangkap layar insiden rompakan bersenjata berlaku di sebuah restoran dekat Amerika Syarikat baru-baru ini.

PENGUNJUNG sebuah restoran dikejutkan dengan insiden rompakan bersenjata oleh seorang lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menyerbu ke arah kaunter premis berkenaan, pemuda bertopeng dan berkaca mata hitam itu kemudiannya terus mengacukan pistol ke arah juruwang sambil mengugut untuk mendapatkan wang.

Menariknya, kejadian itu cuba dihentikan seorang individu lelaki yang seolah-olah cuba muncul penyelamat dalam tragedi tersebut.

Namun, niatnya untuk meleraikan kekecohan itu menemui jalan buntu apabila tumbukannya berjaya dielak sebelum dia terus terjatuh ke lantai.

Lebih mencuri tumpuan apabila lelaki berkemeja biru itu kemudiannya dilihat berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada serangan pelaku.

Rakaman kejadian dikongsikan di laman Twitter dan tular sejak Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak sempat sapa 'aunty' sebelum samun tiga beranak di Mentakab

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak berbaju hitam tembak pemandu, larikan beg disyaki penuh duit di Miri

Dalam pada itu, tumpuan warganet turut terarah kepada seorang lagi mangsa lelaki yang dirakam cuba menyorok di bawah meja dan berselindung di sebalik teman wanitanya.

Ia sekali gus mengundang kecaman yang rata-ratanya menyifatkan kedua-dua lelaki tersebut sebagai pengecut.

"Sangat memalukan, kaum lelaki hanya mampu menyorok di bawah meja dan membiarkan wanita berdepan dengan perompak," kata Rays Nantha.

"Memang menghiburkan apabila melihat lelaki menyorok bawah meja, seorang lagi berpura-pura cuba berlakon pengsan ketika didatangi perompak, ia sungguh memalukan," ujar John Laisyyn.

"Menyorok belakang teman wanita, lelaki seperti itu memang tidak layak dijadikan calon suami, sanggup biarkan wanita sendirian ketika dalam bahaya," tambah Aliceooyymen.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut dengan perompak terbabit juga terus melarikan diri selepas daripada kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram