Mayat wanita 40-an ditemukan tanpa pakaian di tasik Ampang


  • 112
  • Ahad, 11 Feb 2024

Seorang wanita berumur lingkungan 40-an ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

MAYAT wanita ditemukan tanpa pakaian di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang melihat tindakan wanita berkenaan berjalan kaki ke dalam tasik, kira-kira pukul 8.13 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota daripada Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Selepas melakukan pencarian selama dua jam, mangsa ditemui dan disahkan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi, namun mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an dan dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette-Guerin) di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Jatuh talak atau jadi suami susuan? Ketahui hukum sebenar suami minum susu isteri

view_pandan-lake-view

Wanita itu ditemui lemas di Tasik Pandan Lake View, Ampang, Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian di hantar ke Bahagian Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kita minta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Mereka yang mengalami masalah boleh menghubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 0111-959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram