TULAR satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelanggan yang sedang dipandu uji dipercayai oleh pekerja bengkel kereta dalam kejadian di Puncak Alam, Selangor.
Klip mengenai insiden itu dimuat naik di laman X oleh, druglordfxdl pada Khamis.
Berdasarkan rakaman dikongsikan, sebuah kereta jenis Honda Accord difahamkan terbabas sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain yang diparkir di kawasan pusat perdagangan komersial tersebut.
"Memang trend kedai test kereta customer sampai accident ke??! Semoga dipermudahkan urusan owner," tulis ciapan berkenaan.
Dalam pada itu, individu yang merakamkan kejadian berkenaan memaklumkan sekurang-kurangnya enam buah kereta terbabit dalam insiden kemalangan tersebut.
Video sama turut memaparkan beberapa kenderaan terbabit dilihat mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian hadapan akibat rempuhan yang berlaku.
Waktu sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan kekesalan terhadap perbuatan pekerja berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
"Kadang bila test drive ni kita memang nak test power kereta kan. Cuma kena beringat Kalau rasa tak confident tak perlu la test-test power sangat tapi cukup la kita feel condition tiptop," tulis izsmin.
"Siapa ajar dia test keta dekat kawasan parking keta? Pergi la cari jalan mati," kata ImanKeisuke.
Untuk rekod, sekitar November tahun lalu, terdapat satu kejadian serupa melibatkan seorang pekerja kedai kecantikan yang merempuh sebatang pokok ketika memandu kereta mewah milik pelanggan di Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram