[VIDEO] Angkara khianat? Kereta polis rentung tersadai tepi stesen bas di MRT Mutiara Damansara cetus misteri


  • Tular
  • Khamis, 15 Feb 2024

Sebuah kenderaan polis yang rentung di tepi stesen bas berhampiran MRT Mutiara Damansara, Selangor pada Khamis. — Twitter

SEBUAH kereta polis dalam keadaan rentung ditinggalkan di tepi kawasan stesen bas berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Selangor pada Khamis menimbulkan tanda tanya kepada orang awam.

Menerusi video dimuat naik pengguna Twitter (X) @rahmi_jono, kereta tersebut juga dilihat rentung dipercayai berkemungkinan angkara perbuatan khianat.

Pada masa sama, kelihatan juga beberapa contengan tidak bermoral dilakukan di cermin stesen bas tersebut.

BACA LAGI : Nahas kereta terbakar, warga emas rentung, 2 budak melecur di Bidor

BACA LAGI : Warga emas lumpuh rentung tepi pintu bilik dalam kebakaran rumah kedai di Sitiawan

Individu yang melakukan contengan tersebut juga dilihat meluahkan kemarahannya terhadap pihak berkuasa dan kerajaan.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan orang awam, bau hangit masih dapat dihidu ketika melalui kawasan terbabit.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dan punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram