[VIDEO] Paru-paru hancur, penuntut universiti maut dihempap lif


  • Benua
  • Selasa, 13 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang pelajar universiti maut akibat dihempap lif di sebuah universiti yang terletak di bandar Xiamen di Wilayah Fujian, tenggara China.

SEORANG pelajar universiti maut akibat badannya dihempap lif di sebuah universiti yang terletak di bandar Xiamen di Wilayah Fujian, tenggara China.

Kejadian tersebut berlaku pada September 2014, namun tular semula di media sosial baru-baru ini.

Insiden ngeri itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Berdasarkan rakaman, lif tersebut dilihat menghempap badan seorang penuntut Universiti Huaqiao sebaik sahaja kaki kirinya melangkah ke dalam lif, sementara seorang lagi rakannya terselamat.

Situasi itu menyebabkan pemuda berkenaan tidak dapat menggerakkan dirinya dan terpaksa menunggu bantuan daripada orang awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda

Kejadian yang menimpa pelajar jurusan seni bina itu turut disaksikan sekumpulan individu lain yang berada di kawasan berkenaan.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 6 petang selepas menerima laporan terdapat seorang lelaki terperangkap di antara tingkat tiga dan empat bangunan itu.

BACA LAGI: Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda

Namun difahamkan dia mengalami sesak nafas disebabkan paru-parunya hancur akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan tersebut sempat menggegarkan China kerana dalam tempoh satu bulan sahaja, negara berkenaan merekodkan enam kecederaan serius melibatkan kerosakan lif dengan lima daripadanya dilaporkan maut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram