[VIDEO] Gagal dapat wang beli dadah punca lelaki pukul ibu, ancam letup rumah di George Town


  • 112
  • Rabu, 14 Feb 2024

Suspek yang bertindak agresif dengan menjadikan ibunya sebagai tebusan dan mengugut meletupkan rumahnya sendiri di George Town berjaya ditahan polis pada Selasa. — Bomba

LELAKI yang ditahan kerana bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Jalan Gangsa dekat George Town, Pulau Pinang pada Selasa didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada warga emas itu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu meminta sejumlah wang dipercayai untuk membeli dadah, namun ibunya yang berusia 70-an enggan memberikan duit berkenaan.

“Akibat marah, lelaki itu bertindak agresif sehingga mencederakan ibunya selain mahu meletupkan rumah mereka.

“Ibunya yang merupakan peniaga gerai makan tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma akibat dipukul, dia dirawat di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

BACA LAGI : [VIDEO] Drama tebusan di George Town berakhir lepas 3 jam, anak derhaka jadikan ibu mangsa, ugut letup rumah

BACA LAGI : [VIDEO] Padah cuba ambil selipar tersangkut, kaki pelajar terlipat dua terjun dari bumbung dewan setinggi 7 meter

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang lelaki bertindak agresif dengan menjadikan ibunya sebagai tebusan dan mengugut meletupkan rumahnya sendiri di George Town.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak bekerja dan tinggal bersama ibu dan seorang lagi ahli keluarga.

Ketika kejadian, lelaki terbabit dikatakan terus memukul ibunya setiap kali anggota penyelamat cuba merapati wanita berkenaan bagi diselamatkan.

Lelaki berkenaan dipercayai memukul ibunya menggunakan tukul dan ketika diselamatkan serta warga emas terbabit berada dalam keadaan trauma. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram