[VIDEO] Hampir putus kaki gara-gara tidak sabar tunggu feri mendarat


  • Benua
  • Isnin, 12 Feb 2024

Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selama beberapa minit selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah feri di Brazil pada Sabtu lalu. — Agensi

SEORANG lelaki hampir putus kaki kirinya selepas percubaan dia melompat dari sebuah feri yang hampir mendarat gagal.

Memetik laporan media GiroPortal.Com, kejadian itu berlaku di Miritituba, dekat wilayah Itaituba, Brazil pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, mangsa Luiz Henrique da Silva Pantoja, 27, berada di tingkat atas feri berkenaan.

Dia cuba melompat keluar daripada feri tersebut ketika pengangkutan air itu cuba mendarat namun tergelincir ekoran daripada permukaan lantai yang licin.

Mangsa kemudiannya dilihat terjatuh ke tanah sebelum dia dihempap pintu besi feri berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah cuba ambil selipar tersangkut, kaki pelajar terlipat dua terjun dari bumbung dewan setinggi 7 meter

BACA LAGI: VIDEO] Tatkala Muhyiddin komen pasal Nik Elin Zurina, video anak jadi jockey kelab malam pula tersebar

Labih malang lagi, dia terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum dibantu oleh orang awam.

Mangsa kemudiannya dihantar ke pelabuhan terdekat menggunakan sebuah bot untuk diberikan rawatan kecemasan.

Difahamkan, mangsa yang hampir putus kaki kirinya itu terus dihantar ke Hospital Tapajos untuk mendapatkan rawatan susulan.

Difahamkan, mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ekoran daripada kecederaan yang dialaminya.

Susulan daripada peristiwa tersebut, pihak berkuasa tempatan menasihati orang awam agar tidak melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan tragedi itu berulang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram