Suspek cuba intip rakan wanita di inap desa bebas dengan jaminan polis


  • 112
  • Rabu, 14 Feb 2024

Gambar dikongsikan mangsa memaparkan kamera yang ditemui di dalam bilik air sebuah inap desa di Jelutong, George Town pada Selasa lalu.

SUSPEK yang ditahan reman kerana disyaki mengintip seorang wanita menerusi kamera tersembunyi dalam bilik air di sebuah inap desa di desa di Jelutong, George Town, seperti yang tular di media sosial telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dilaporkan berkata, suspek berusia 20-an itu dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman selama empat hari yang dikenakan terhadapnya tamat pada Rabu.

Katanya, kertas siasatan berhubung kes itu telah dilengkapkan dan akan dimajukan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis telah merekodkan keterangan daripada sembilan individu bagi membantu siasatan kes ini. Kita akan tunggu arahan lanjut daripada DPP selepas hantar kertas siasatan,” katanya pada Rabu.

BACA LAGI : Polis cekup suspek kes sorok kamera dalam bekas pewangi di homestay

2539074

Tempat kamera yang disembunyikan oleh suspek.

BACA LAGI : [VIDEO] Tersembunyi dalam bekas pewangi, 4 wanita trauma jumpa kamera skodeng dalam bilik air homestay di P.Pinang

Terdahulu, Majoriti melaporkan polis berjaya menahan seorang lelaki di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di inap desa tersebut.

Difahamkan, suspek berusia 20 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur pada petang Ahad susulan maklumat diterima daripada orang ramai dan pemantauan polis.

Suspek juga merupakan rakan kepada wanita yang membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram