PEMILIK kepada kenderaan saji atau food truck yang tular baru-baru ini selepas ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menafikan pihaknya menerima sebarang notis sebelum kejadian berkenaan.
Berkongsi di ruangan komen yang memuat naik video insiden tersebut di media sosial, diniedayana berkata, pihaknya juga tidak pernah mendapat notis untuk mengalihkan kenderaan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] DBKL ‘sapu habis’, food truck sampai tergantung kena angkut di Bandar Sri Permaisuri
"Saya pemilik kedai. Dengan ini saya nak bagitahu yang DBKL tak pernah bagi kami apa-apa notis. Tolong jangan buat statement yang boleh mengundang fitnah.
"Dan ada yang mengatakan lori kami sudah kena angkut berkali-kali, sebenarnya tidak. Ini pertama kali dan pertama kali ini juga DBKL tak pernah beri apa-apa notis untuk suruh alihkan lori perniagaan ini.
"Dan apa yang dia buat pada kami ni sangat-sangat tak adil langsung sebenarnya," dakwanya.
Tangkap layar hantaran komen diniedayana yang dipercayai merupakan pemilik kenderaan saji tersebut.
Majoriti pada Sabtu melaporkan mengenai video tular memaparkan sebuah kenderaan saji yang ditunda oleh DBKL dengan menggunakan sebuah kren bagi memindahkannya dari lokasi terbabit.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah lokasi dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram