SEORANG lelaki meluahkan kekesalannya terhadap pemilik sebuah bengkel kereta yang didakwa tidak menyelenggara kenderaannya dengan baik.
Lebih menambahkan kemarahan, lelaki tersebut memaklumkan dia sudah pun membayar servis lebih RM8,000 kepada bengkel tersebut untuk membaiki kerosakan pada enjin kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya.
Difahamkan, dia sebelum ini juga telah membayar RM3,000 kepada bengkel yang sama, namun keretanya masih tetap mengalami kerosakan yang sama.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan nama akaun Lisa Qistina.
"Pelik betul dengan pomen ni. Baiki kereta sampai RM8,000 lebih. Enjin masih bermasalah.
"Bila telefon dan WhatsApp tak mahu balas, tanya pekerja (pula), pekerja suruh bincang dengan bos," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Brek rosak dipercayai punca lori sodok kereta di lampu isyarat di SUKE
BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut, lori ada masalah brek rempuh 4 kereta dekat lampu trafik di Cheras
Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik bengkel, lelaki tersebut datang sendiri ke premis dan bersemuka dengannya.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila pemilik bengkel itu menengkingnya seolah-olah tidak mengakui salahnya.
Malah lebih parah dia didakwa cuba untuk mengasari pengadu dan melempar barang-barang di sekitarnya.
"Bila kita datang nak bincang boleh dia pukul daddy dengan pekerja siap pegang daddy.
"Siap ugut ugut lagi. Lagi cabar kita suruh buat aduan. Besar sangat kabel dia ni," katanya.
Menerusi video berkenaan, pemilik bengkel tersebut dilihat bertanya sama ada lelaki itu mahukan ganti rugi daripada pihaknya.
"Sekarang ni kau nak aku ganti (enjin) ke apa? Kalau kau nak, aku ganti. Itu saja, aku malas nak cerita banyak," ujarnya.
Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram