Identiti maju bola sepak Selangor jadi faktor utama FAS, GTR Burger wujudkan kerjasama


  • Podium
  • Rabu, 07 Feb 2024

Nordin Mat (depan, kiri) ketika menandatangani MoU bersama wakil dari FAS mengenai persefahaman antara kedua-dua pihak itu.

BEBERAPA tahun kebelakangan ini, sejumlah syarikat tempatan mula mengambil langkah proaktif dalam menaikkan lagi mutu serta reputasi bola sepak tanah air.

Antara yang pantas membuat langkah tersebut ialah sebahagian jenama makanan, termasuk Zamburger dengan Kelantan FC serta Syukor Burger yang mengadakan perjanjian bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC tahun lalu.

Usaha tersebut boleh dikatakan tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini, GTR Burger mengumumkan mereka sudah mewujudkan satu perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pengasasnya, Nordin Mat berkata, komitmen dipamerkan persatuan berkenaan boleh dikatakan seiring dengan misi syarikat untuk menghasilkan produk terbaik.

"Bagi menghasilkan burger yang sempurna, perlunya ada latihan dan praktikal pada kadar maksimum. Ia seiring dengan identiti FAS yang amat menekankan aspek pembangunan dalam melahirkan pemain yang sempurna.

BACA LAGI: [VIDEO] Lega lepasi tekanan awal, Steffi akui puas MBSJ ke pentas akhir

WhatsApp Image 2024-02-07 at 10.29.45 (1)

Majlis menandatangani MoU itu dibuat ketika Pelancaran Musim Ketiga WSL hujung Januari lalu.

"Sebab itu, GTR Burger memaktubkan perjanjian penajaan ini dengan FAS kerana kita ada perancangan lebih besar yang bakal kita laksanakan untuk lebih mendekati industri sukan bola sepak dalam negara," katanya.

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) penajaan di antara kedua-dua pihak itu diadakan di Wyndham Acmar, Klang sempena Pelancaran Musim Ketiga Liga Super Wanita FAS (WSL) 2024 pada 28 Januari lalu.

FAS diwakili Setiausaha Agungnya, Muhammad Izrin Nabil Ismail sementara GTR Burger oleh Nordin Mat selaku Pengerusi Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR).

Majlis berkenaan turut disaksikan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar serta Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , Rusli Jaafar.

BACA LAGI: Dalam diam, Daud Bakar berjaya tarik jenama makanan tersohor ke Darul Aman

WhatsApp Image 2024-02-07 at 10.29.47

Kerjasama antara FAS dan GTR Burger pasti akan merancakkan arena bola sepak tanah air.

Menerusi penajaan itu, GTR Burger akan terlibat di dalam kira-kira 1,500 perlawanan setiap tahun dengan lebih 300,000 peminat bola sepak yang akan hadir ke program anjuran FAS.

Ia turut merangkumi potensi publisiti membabitkan lebih 11 juta penonton menerusi platform atas talian dan siaran televisyen bagi program pembangunan FAS.

Tambah Nordin, penajaan ini bertujuan membuka peluang kepada peminat bola sepak untuk mengenali GTR Burger dengan lebih dekat dan seterusnya merasai produk keluaran syarikat berkenaan.

Selain itu, ia diharapkan mampu memberikan pulangan penjualan dan pemasaran kepada semua peniaga jenama berkenaan di seluruh negeri Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram