Hajat ambil mak tak kesampaian, anggota polis maut lepas terbabas langgar ular di Tapah


  • 112
  • Ahad, 11 Feb 2024

Keadaan kereta mangsa yang terbabas di tepi jalan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 311.5 PLUS arah utara dekat Tapah, Perak pada pagi Ahad. — Facebook

SEORANG anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalngan di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah, Perak pada pagi Ahad dipercayai akibat terlanggar seekor ular.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 5.38 pagi.

Katanya, mangsa yang berusia 36 itu sedang dalam perjalan dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar ular dan menyebabkan Honda Civic dipandunya terbabas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Naim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan beliau memohon individu yang menyaksikan kemalangan untuk tampil membantu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu guna Smartlane tanggung rugi cermin sisi jadi mangsa amukan rider

427711085_794986372670883_4628822084324300480_n

Ular sawa yang dipercayai menjadi punca kemalangan maut mengorbankan seorang anggota polis. — Facebook

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @Mohammed Razikin di talian 0132087919.

"Kes itu disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Dalam pada itu, mangsa, Wan Muhammad bin Mohd Rodzlad difahamkan sudah berkhidmat selama lebih 17 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA LAGI: [VIDEO] Brek rosak dipercayai punca lori sodok kereta di lampu isyarat di SUKE

Turut melahirkan ucapan takziah atas pemergian mangsa ialah Ketua Polis Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

"Pemergian Allahyarham Koperal Wan Muhammad merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara. Salam takziah," kata Hussein menerusi hantaran di Facebook Polis Selangor.

Sementara itu, seorang ahli keluarga terdekat mangsa memaklumkan bahawa arwah dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil ibunya di kampung.

"Al-Fatihah buat anak buah kami. Beliau anak kepada sepupu saya Kak Nor di Taiping. Arwah meinggal dunia Kemalangan di Tapah. Dalam perjalan balik Taiping ambil maknya," tulis Mohd Najib di hantaran Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram