[VIDEO] Brek rosak dipercayai punca lori sodok kereta di lampu isyarat di SUKE


  • Tular
  • Rabu, 07 Feb 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan lori terbabit sebelum merempuh beberapa kenderaan di hadapannya di Lebuhraya SUKE ke arah Kajang, Selangor pada Selasa. 

SEBUAH lori dipercayai mengalami kerosakan brek terlibat dalam kemalangan ngeri ketika menuruni bukit dari Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) ke arah Kajang, Selangor pada Selasa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Twitter (X) @anthraxxx781, lori berkenaan kelihatan dipandu dengan laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang ketika itu sedang berhenti berhampiran lampu isyarat.

BACA LAGI : Guru maut nahas ngeri di Kota Tinggi

BACA LAGI : Nahas motor dan lori di Seri Bengkal, saksi ngilu lihat tangan terputus ‘melekat’ bawah kenderaan

Dalam video sama, lori terbabit juga dilihat terjunam ke tepi sebuah pusat jualan kereta terpakai berhampiran lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan orang awam, kejadian tersebut melibatkan kematian namun tidak dinyatakan identiti sebenar.

Bagaimanapun, keadaan pemandu lori dan kenderaan lain tidak dapat dipastikan lagi setakat ini.

Belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram