[VIDEO] Hilang 'balance' punca pemandu maut perlumbaan kereta sorong


  • Benua
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas terlibat dalam perlumbaan carruchas di Tariba, Tachira, Venezuela.

SEORANG lelaki dilaporkan maut selepas terlibat dalam perlumbaan carruchas atau kereta sorong di Tariba, Tachira, Venezuela.

Mangsa dikenali sebagai Ender Eliseo Perez, berusia 42 tahun.

Menerusi video tular yang dikongsikan, peristiwa tersebut berlaku ketika mereka menaiki sebuah carruchas.

Carruchas merupakan kereta sorong kayu beroda empat yang diubah suai yang ditunggang dengan menggunakan tali dengan tujuan untuk mengawal kelajuan.

Ender difahamkan gagal mengawal keseimbangan selepas melanggar sebuah lubang di atas jalan sebelum merempuh dinding sebuah rumah berdekatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Peragut gagah pecah 9 rekod jenayah tiba-tiba lembik ketika dicekup di Kuching

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi depan rumah, budak 5 tahun maut kena campak ke tanah berkali-kali

Selain patah tangan, dia juga mengalami pendarahan yang teruk di bahagian otak akibat kemalangan tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Ogos 2023 itu turut mengakibatkan rakannya cedera parah.

Berdasarkan video tersebut, kedua-duanya dilihat memakai topi keledar, namun ia tidak sesuai digunakan dalam perlumbaan itu.

Untuk rekod, perlumbaan melibatkan carruchas memang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat di Venezuela. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram