[VIDEO] Pemandu guna Smartlane tanggung rugi cermin sisi jadi mangsa amukan rider


  • Tular
  • Ahad, 11 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang dipercayai merosakkan cermin sisi sebuah kenderaan dalam kejadian di lebuh raya berdekatan persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor.

TULAR satu video memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal yang dipercayai merosakkan cermin sisi sebuah kereta dalam insiden di lebuh raya berdekatan persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor, pada Sabtu.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan penunggang terbabit kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kenderaan terbabit yang dipandu di lorong kecemasan.

Bagaimanapun, pemandu kereta terlibat mendakwa bahawa pada waktu kejadian, dia sedang memandu di lorong SmartLane dan tidak melanggar sebarang peraturan.

SmartLane merupakan inisiatif pengaktifan lorong paling kiri di lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang dilaksanakan di beberapa laluan kritikal.

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

Ia bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan menyuraikan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan termasuk ketika tempoh perayaan.

Dalam pada itu, pemilik kenderaan tersebut turut berkongsikan keadaan cermin sisinya yang mengalami kerosakan akibat insiden sedemikian.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan penunggang terbabit yang disifatkan tidak peka berhubung peraturan terkini di lebuh raya.

GGCY0Yla4AACXNt

Foto memaparkan kerosakan yang berlaku pada cermin sisi kereta terbabit dalam kejadian tersebut. — Twitter

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

Malah ada yang mendakwa masih ramai pengguna tidak mengetahui mengenai SmartLane yang diwujudkan di beberapa lokasi lebuh raya di seluruh negara.

Pada masa sama, terdapat netizen berpandangan bahawa kesedaran orang awam berhubung inisiatif tersebut perlu ditingkatkan untuk mengelakkan berulangnya kejadian serupa.

"Mungkin boleh buat papan tanda berlainan warna atau warnakan lorong tersebut supaya pengguna nampak lorong tu bermula dekat mana.

"Papan tanda sedia ada agak mengelirukan dan tak dapat dilihat dengan jelas sebab papan tanda merging lane pun rupa lebih kurang," tulis TehOAis4849. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram