Fans Indonesia puji Liga M, beri contoh 2 tonggak Garuda 'menjadi' lepas beraksi di Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Saddil (kanan) dan Andik (kiri) antara pemain Indonesia yang sukses selepas beraksi di Liga M.

HUBUNGAN Malaysia-Indonesia dalam sukan bola sepak boleh diibaratkan seperti adik-beradik, kadang gaduh dan ada masa juga memberi sokongan antara satu sama lain.

Momen Indonesia tidak bersetuju dengan bola sepak Malaysia adalah ketika mereka menganggap liga domestik tanah air tidak ada persaingan dan kurang sesuai untuk menjadi tempat berkelana para pemain mereka.

Seperti yang diutarakan oleh salah seorang penyokong skuad bola sepak Indonesia, Ngabmit di laman X, dia menganggap bahawa Johor Darul Takzim (JDT) sahaja sesuai untuk menjadi platform para pemainnya mengembangkan karier jika ingin beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Harimau Selatan dipilih sebagai contoh terbaik kerana pencapaian JDT dalam saingan domestik dan penglibatan juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut berkenaan di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pendapat pengguna X itu bagaimana pun tidak dipersetujui oleh salah seorang pemain ke-12 Indonesia, Nooorrridho Ilmansyah yang berasakan struktur Liga M lebih baik jika dibandingkan dengan Liga 1 Indonesia.

Menerusi ciapan di laman X, Nooorrridho merungkai pengalaman dua pemain skuad kebangsaan Indonesia iaitu Saddil Ramdani dan bekas pemain Selangor FC, Andik Vermansyah yang berhasil mengeluarkan potensi terbaik mereka ketika beraksi di Liga M.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya kerana pengulas, seluruh fans Indonesia mula jatuh hati dengan Malaysia

andik2

Andik pernah mencuba nasib bersama Kedah FA untuk tempoh semusim. Stadium Astro

BACA LAGI: Dipetik sama macam Arif Aiman dan Faisal Halim, Saddil Ramdani tetap kena reject sarung jersi Indonesia

“Tiada kata sepakat dalam isu ini. Persaingan di Malaysia mestilah lebih tersusun daripada kita, ditambah pula dengan Piala Malaysia dan Piala FA Malaysia.

“Selain itu, dapat dilihat bagaimana perkembangan Saddil Ramdani kini selepas beraksi di Pahang dan Sabah. Contoh lain, lihat perkembangan Andik Vermansyah ketika bermain selama lima tahun di Red Giants Selangor dan satu tahun di Kedah,” tulisnya.

Tidak dapat dinafikan, Saddil kini merupakan salah seorang penyerang sayap terbaik Indonesia dan Liga M selepas pemain berusia 25 tahun itu menimba pengalaman selama semusim di Pahang (2019-2020) dan kariernya melonjak bersama Sabah FC sejak 2021.

Sepanjang berkhidmat bersama The Rhinos pada musim 2023, Saddil sudah menyumbang tujuh gol dan 16 hantaran bantuan untuk pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu.

Manakala, Andik pula membantu Selangor FC sejak 2013 dan mencatatkan beberapa kejayaan, termasuk memenangi Piala Malaysia 2015 di samping dinobatkan sebagai naib juara Liga Super 2016.

Selepas hampir lima tahun bersama skuad Gergasi Merah, pemain yang kini berusia 32 tahun itu memilih untuk meninggalkan kelab itu sebelum menyertai Kedah FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram