Marriott Putrajaya 'hadiahkan' durian buat peminat Raja Buah sepanjang iftar


  • Bizz
  • Jumaat, 03 Mac 2023

Durian menjadi tarikan utama untuk berbuka puasa di Hotel Marriott Putrajaya.

HOTEL Marriott Putrajaya mengetengahkan konsep Dusun Buah-Buahan bersama Raja Buah iaitu durian sempena tarikan bufet iftar di Restoran Zest.

Terdapat pelbagai jenis menu berasaskan durian seperti cendol durian, serawa durian, kek keju durian, profiterole durian, swiss roll durian dan bermacam hidangan lain turut disediakan.

Bagi memberikan sentuhan nostalgia yang diinspirasikan daripada lagu klasik Melayu, Lodeh Mak Lodeh, Joget Pak Mat Kahwin Lagi, Zapin Usik Mengusik dan Lemak Manis menjadi inspirasi penyediaan menu masakan.

PMH Pentas Citarasa 1

Pelbagai jenis menu berasaskan durian menjadi tarikan utama untuk berbuka puasa.

Sentuhan klasik yang diberikan tentu sahaja dapat menghiburkan pengungjung sekali gus memberikan kenangan indah berbuka puasa terutamanya bersama insan tersayang.

Dalam pada itu terdapat beberapa hidangan daripada bermacam negara seperti Thailand, Itali, India dan Jepun boleh dijadikan sebagai pilihan tambahan kepada pengungjung.

Tidak hanya tertumpu kepada masakan Melayu, hidangan seperti gulai kawah, ayam tandoori, dim sum, takoyaki, kari Thai dan variasi pilihan manisan.

PMH Pentas Citarasa 3

Makanan laut bergoreng ala shell out turut tersedia buat pengunjung.

Dianggarkan lebih 100 jenis makanan terhidang untuk buat pengungjung untuk berbuka puasa termasuk ikan bakar dan lebih 10 jenis pilihan sup antaranya sup kambing, sup tulang, sup ayam, sup ekor dan sup cendawan.

Terdapat juga hidangan masakan panas yang dimasak oleh cef secara langsung dan pilihan ulam serta sos cicah ikan bakar.

PMH Pentas Citarasa 2

Ayam tandoori dan pelbagai jenis hidangan daripada negara lain seperti Thailand, Jepun dan Itali turut dihidangkan.

Tempahan awal atau Early Bird boleh dilakukan sekarang sehingga 23 Mac depan pada harga RM148 untuk dewasa manakala harga biasa pula RM198 (dewasa) sementara bayaran untuk kanak-kanak RM74 (bagi tempahan awal dan harga biasa).

Bufet Ramadan tersebut akan berlangsung bermula 23 Mac hingga 21 April. Kemudahan surau untuk menunaikan solat turut disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram