PERWAKILAN Bersatu di seluruh negara meluluskan usul bagi menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan presidennya dalam pemilihan parti akan datang.
Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Bersatu, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, ini adalah keputusan parti.
Hal itu dikatakan pada hari terakhir AGM ke-6 Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
“Perwakilan telah bersetuju untuk meluluskan usul menolak cadangan presiden untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang pada 2024.
“Perwakilan memutuskan perkara ini kerana parti masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin.
"Kami berharap Muhyiddin dan isterinya akan mendengar rayuan akar umbi," kata Suhaimi.
Muhyiddin mengumumkan tidak akan pertahankan jawatan presiden dalam parti akan datang.
Usul itu dikemukakan selepas Muhyiddin mengumumkan pada Jumaat bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang kerana terdapat cukup pemimpin untuk menggantikannya.
Keputusan perwakilan AGM Bersatu berikutan keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Bersatu pada Jumaat bahawa Muhyiddin mesti kekal semasa pemilihan tahun depan dan mempertahankan jawatannya. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram