TOL percuma sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ditawarkan kepada semua pengguna bermula pukul 12.01 pagi Isnin akan tamat pada 11.59 malam hari ini.
PLUS Trafik dalam satu ciapan di Twitter meminta pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet masing-masing mempunyai baki jumlah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkat, aliran trafik ketika ini bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Utara dan Lebuh Raya arah Selatan.
Menurutnya, aliran trafik juga bergerak perlahan ke arah ibu negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April.
Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya tidak terlalu mengejar tol percuma hingga boleh meragut nyawa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram