[VIDEO] Mayat disangka pengsan ditemukan dalam longkang tak berair di Kota Bharu


  • Tular
  • Ahad, 04 Feb 2024

Mayat tersebut dijumpai pekerja penyelenggaraan terbabit sekitar pukul 11.30 pagi Ahad.

SEORANG pekerja penyelenggaraan tidak menyangka lelaki yang ditemui di dalam longkang di tepi jalan Kampung Seribong, Kota Bharu, Kelantan, pada pagi Ahad sudah meninggal dunia.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi itu, Muhamad Musaha, 35, sedang melakukan kerja memotong rumput bersama seorang lagi rakannya di lokasi.

Bagaimanapun, dia kemudiannya terlihat satu tubuh yang tertiarap di dalam sebuah longkang sedalam satu meter seakan-akan sedang pengsan berdekatan tempat kejadian.

Susulan daripada itu, Muhamad memaklumkan dia terus segera memberitahu rakannya untuk meninjau keadaan jasad yang ditemui.

“Kami memerhati beberapa ketika jasad lelaki itu kerana menyangkakan dia hanya pengsan, namun langsung tidak bergerak sebelum kami segera menghubungi pihak berkuasa.

“Mayat itu berkaki ayam dan kedua kaki serta tangannya kekuningan dan kecut, sedangkan dalam longkang tidak ada air,” katanya seperti dilaporkan Buletin TV3.

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita asing mati dibunuh ditemukan tepi lif Desa Mentari, polis guna anjing K9 kesan bukti

BACA LAGI: Sabak Bernam gempar penemuan mayat tanpa identiti dalam parit, kes kedua lepas tragedi remaja bakar kekasih

Video mengenai kejadian tersebut turut tular pada Ahad selepas ia dikongsikan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Berdasarkan klip tersebut, pihak polis dilihat sudah berada di lokasi kejadian bagi membawa keluar mayat berkenaan.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Muhamad berkata, dia dan rakannya berada dalam keadaan trauma dan tidak mampu meneruskan kerja.

Katanya, itu merupakan kali pertama dirinya berdepan dengan pengalaman berkenaan.

Dalam pada itu,Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud menerusi laporan sama mengesahkan mengesahkan mengenai penemuan mayat lelaki itu.

Katganya, mayat sudah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HTPZ II), di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Teleg