SEORANG warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah dekat Kampung Matan, Ranau, Sabah pada Khamis malam.
Lebih memilukan, mangsa, Jafflan Sigal, 60, didapati terperangkap di dalam sebuah bilik bersama cucunya berusia empat tahun yang dikenali sebagai Carla.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dilaporkan sempat keluar dari rumah tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.53 malam.
BACA LAGI: [VIDEO] Blok SK Senderut rentung terbakar, bomba Pahang terpaksa ambil masa 3 jam sebelum tiba
BACA LAGI: [VIDEO] Pengunjung mall popular di Puchong panik, dekorasi Tahun Baharu Cina tiba-tiba terbakar
"Sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.
"Laporan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 20x50 kaki terbakar 100 peratus," katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Jelas beliau, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua pancutan, dua aliran 200 kaki sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
“Operasi berjaya dikawal sekitar pukul 11.45 malam, namun punca kejadian masih dalam siasatan,” tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
