[VIDEO] Dua maut nahas 7 kenderaan di Ipoh, mayat pemandu melekat pada rangka lori


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Keadaan di lokasi kejadian akibat kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan terdiri daripada tiga lori dan empat kereta di Kilometer 288.1 PLUS arah utara, dekat Ipoh, Perak, pada Sabtu.

DUA individu maut dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh, Perak, pada Sabtu

Kejadian yang berlaku ada pukul 7.46 pagi itu melibatkan tiga lori dan empat kereta.

Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam kejadian tersebut masing-masing merupakan pemandu lori gula pasir dan lori yang membawa muatan logam.

Berdasarkan perkongsian foto oleh orang awam di lokasi kejadian, salah seorang pemandu yang maut ditemui dalam keadaan badannya berkecai dan melekat pada rangka dipercayai lori terbabit.

Dalam pada itu, laluan di kedu-dua arah juga didapati terhalang oleh tumpahan gula pasir dan muatan logam yang dibawa oleh kenderaan yang terlibat.

BACA LAGI: [VIDEO] Rusuhan pusat tahanan imigresen Bidor: 131 terlepas, seorang maut kemalangan di PLUS

BACA LAGI: [VIDEO] Lori sempat brek, nyaris gilis lelaki tercampak keluar kereta lepas kemalangan di Kuala Langat

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.46 pagi.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.

Sementara itu, PLUS dalam satu kenyataan di laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang ekoran berlakunya tumpahan gula dan serpihan badan lori yang terbabit.

"Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza Tol Gopeng (arah ke utara)," ujar ciapan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram