Pendaki kongsi pengalaman diusik atau disorok ketika hiking, camping waktu malam, apa persediaannya?


  • Hobi
  • Ahad, 04 Feb 2024

Terdapat banyak perkara yang perlu dielakkan sebelum memilih untuk mendaki gunung.

SUKAN ekstrem seperti mendaki gunung, berkhemah atau pergi ke tempat air terjun di tengah hutan pastinya menjadi pilihan ramai peneroka alam.

Malah untuk tambahkan lagi ekstremnya, ada yang memilih untuk melakukan aktiviti itu secara solo atau bergerak pada waktu malam.

Umum kita ketahui, tempat-tempat terpencil seperti hutan sememangnya dihuni makhluk lain selain haiwan buas.

Jadi tidak hairanlah jika banyak kejadian mistik yang dilaporkan terjadi di kawasan pergunungan atau perhutanan.

Seperti yang dikongsikan kaki camping menerusi saluran Youtube miliknya, @Johny mendedahkan pengalamannya mengalami tragedi aneh selepas memilih untuk berkhemah secara bersendirian selama satu malam di Hutan Pine, Kedah.

Dalam video itu, dia mengakui mengalami kejadian seperti ditindih seseorang sehingga tidak mampu untuk bangun selain mendengar sesuatu bisikan suara ghaib pada waktu malam.

Di ruang komen, dua beradik yang menggunakan nama Laila dan Hanis turut berkongsikan kisah seram mereka ketika mendaki gunung pada waktu malam.

Kejadian itu berlaku di sebuah gunung di Perak dan mereka berdua mendakwa hilang selama tiga hari sebelum ditemukan.

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

Usaha mengeluarkan mayat pelombong emas yang dihempap bongkah batu

Sepasukan bomba membantu pencarian dua beradik yang hilang selama 3 hari. Gambar Hiasan

Menceritakan pengalamannya, pada ketika itu, dia memilih untuk mendaki bersama adiknya, Laila yang berada dalam keadaan penat sehingga tidak berhenti melontarkan kata-kata yang tidak elok.

Difahamkan, kerana keceluparan mulut adiknya, mereka tersesat ke alam bunian dan tidak mampu menemui jalan pulang.

Selepas berjumpa seorang pakcik tua yang memberi pesanan supaya mereka menutup mulut menggunakan sepotong roti, kedua-dua mereka pun mampu untuk keluar daripada tempat berkenaan dengan melewati sebuah pokok besar.

Lebih menyayat hati, mereka hanya mengetahui sudah hilang selama tiga hari selepas melihat sepasukan bomba dan ibu mereka berada dalam operasi pencarian mereka di tengah-tengah hutan.

Menerusi cerita ini, dapat disimpulkan bahawa sangat penting untuk mengetahui persediaan sebelum memasuki hutan terutama pada waktu malam.

Antara persediaan yang perlu dititikberatkan jika memilih untuk mendaki gunung adalah seperti:

1. Menjaga percakapan

Setiap pengembara lasak perlu menjaga budi bahasa, tingkah laku dan juga percakapan sekiranya berada di sekitar kawasan pergunungan.

Kegagalan berbuat demikian ada ketikanya boleh menyebabkan kita tidak menemui jalan pulang dan cuma berpusing di laluan yang sama untuk beberapa jam.

Ini kerana kebanyakan kepercayaan dalam semua agama, perbuatan celupar boleh mengganggu makhlus halus yang mungkin akan bertindak di luar jangka seperti 'menyorokkan' atau 'menutup mata' pendaki.

BACA LAGI: Niqab dengan mekap berlebihan demi konten sampai lelaki ghairah boleh jatuh hukum haram — Mufti

gunung-rinjani_169

Pendakian bersama kumpulan sangat penting bagi mengelak tersesat di hutan.

2. Pendakian bersama kumpulan

Mendaki bersama kumpulan sangat penting untuk mengelakkan berlakunya sesat dalam hutan atau hilang jejak daripada rakan yang lain.

Seseorang yang ingin memulakan pendakian juga perlulah mengenalpasti trek laluan yang ingin digunakan.

3. Membawa jaket

Pendaki perlulah membawa pakaian yang berlapis atau tebal jika memilih mendaki pada waktu malam.

Hal ini kerana, cuaca ketika melakukan pendakian pada malam hari tentunya jauh lebih dingin berbanding di siang hari.

4. Beg Galas

Beg galas yang sesuai digunakan semasa mendaki adalah beg kalis air.

Ini kerana, beg galas air lebih ringan dan mudah dibawa untuk tujuan mendaki gunung.

5. Lampu Suluh Kepala

Lampu suluh kepala sangat penting untuk pendakian awal pagi ataupun pada waktu malam.

Hal ini kerana, lampu suluh kepala memudahkan untuk melihat kawasan yang ingin dilalui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram