[VIDEO] Guru maut nahas ngeri di Kota Tinggi


  • 112
  • Isnin, 29 Jan 2024

Tiga lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Besar Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor pada pagi Isnin.

TIGA lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Besar Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor pada pagi Isnin.

Kemalangan membabitkan kenderaan Perodua Myvi dan Proton Gen 2 itu turut mengorbankan seorang guru SMK Air Tawar, Kota Tinggi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPB), Mohd Shawaluddin Ami Nordin dilaporkan berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.49 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nenek ni yang pukul pekerja kami dulu', pemilik glamping Melaka pertahan tindakan lenjan orang tua pakai kayu

BACA LAGI: 'Hapuskan budaya ampu politik siap tempat khas tonton skrin besar, VVIP sebenar adalah rakyat'

"Kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua orang lelaki dewasa dengan salah seorang daripadanya tersepit akibat kemalangan tersebut.

"Kereta Proton Gen 2 dinaiki seorang mangsa yang turut tersepit akibat kemalangan tersebut.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

photo1706516060

Seorang guru SMK Air Tawar, Kota Tinggi terkorban dalam sebuah kemalangan ngeri pada pagi Isnin.

Ujar beliau, anggota menggunakan rescue cutter untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Jelasnya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan susulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram