[VIDEO] Hajat bergelar guru tak kesampaian, pelajar UPSI maut dirempuh Myvi


  • Tular
  • Ahad, 21 Jan 2024

Motosikal milik mangsa, Shahren mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Johor pada Sabtu.

SELEPAS beberapa jam bertarung nyawa, seorang pelajar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Johor pada Ahad.

Arwah, Mohamah Shahren Amran terlibat dalam kemalangan berhampiran kilang di Johor sekitar pukul 10.25 malam Sabtu.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa hendak pulang ke rumah selepas selesai bekerja secara sambilan.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan melanggar mangsa yang pada ketika itu menunggang sebuah motosikal.

BACA LAGI: Muzium buah naga gergasi ikon pelancongan Sepang

Menurut saksi, Hanafi Md Taib, semasa kejadian, pemandu kereta jenis Myvi itu hendak membelok ke arah kanan.

Tidak sempat mengelak, hentaman yang kuat menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa tercampak di atas jalan raya.

BACA LAGI: [VIDEO] Fire show, sukan ATV jadikan percutian di Avani Sepang Goldcoast lebih mengujakan

WhatsApp Image 2024-01-21 at 4.59.42 PM

Muhammad Shahren merupakan pelajar semester terakhir UPSI.

Shahren merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berada di Semester 8.

Jenazah Allahyarham Shahren selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Johor pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram