[VIDEO] Pengunjung mall popular di Puchong panik, dekorasi Tahun Baharu Cina tiba-tiba terbakar


  • Tular
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Tangkap layar insiden kebakaran di sebuah IOI Mall Puchong, Selangor pada Sabtu.

PENGUNJUNG pusat beli-belah IOI Puchong, Selangor digemparkan dengan insiden kebakaran yang berlaku pada Sabtu.

Kejadian itu tercetus sebaik pondok hiasan dalam pusat beli-belah itu secara tiba-tiba terbakar dan marak sehingga mengakibatkan orang ramai lari bertempiaran di tempat kejadian.

Difahamkan, hiasan dalaman itu dibina bersempena sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu depan.

Rakaman kejadian dikongsikan di laman media oleh saksi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh tembakan rambang di pusat beli-belah, polis sahkan rupanya bunyi kerusi besi

BACA LAGI: [VIDEO] Polis cekup lelaki buat panggilan palsu bom di pusat beli belah Klebang

Namun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Pusat beli-belah IOI menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu menjelaskan bahawa kebakaran itu berjaya dipadamkan dengan segera dan tiada individu dilaporkan cedera.

"Dukacita dimaklumkan satu kejadian kebakaran berlaku pada hari ini pukul 7.10 malam. Mujur tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu dan api dapat dipadamkan dengan pantas pada pukul 7.15 malam.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kami bekerjasama sepenuhnya dengan agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan semua operasi telah disambung semula tanpa gangguan, terima kasih atas kesabaran anda," katanya dalam hantaran tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram