[VIDEO] Nahas makan jalan, kepala hancur bersepai Myvi dan lori bertembung di Bagan Serai


  • Tular
  • Selasa, 30 Jan 2024

Tangkap layar video dikongsikan orang awam mengenai kejadian tersebut di Bagan Serai pada Selasa.

TULAR satu kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bersama lori pasir dalam kejadian berdekatan Loji Rawatan Air Lembaga Air Perak (LAP) Sungai Rawa di Bagan Serai, Perak pada Selasa.

Rakaman mengenai insiden ngeri itu turut tular selepas ia dikongsikan oleh beberapa orang awam yang melalui lokasi berkenaan.

Lebih menakutkan, pemandu kereta Myvi yang maut dalam kejadian tersebut dilihat mengalami cedera parah selepas kepalanya dilihat hancur akibat kemalangan berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori sempat brek, nyaris gilis lelaki tercampak keluar kereta lepas kemalangan di Kuala Langat

BACA LAGI: Warganet sokong usaha MP Tenggara sembelih lembu liar, elak kemalangan di Felda Penggeli Timur

Difahamkan, kemalangan tersebut berpunca selepas salah sebuah kenderaan yang terlibat terbabas sehingga memasuki ke laluan bertentangan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersenut pada pukul 3.33 petang.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, mangsa dikenali sebagai Ng Yooi Heong, 43, disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Sayani berkata, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram