[VIDEO] Lori sempat brek, nyaris gilis lelaki tercampak keluar kereta lepas kemalangan di Kuala Langat


  • Tular
  • Khamis, 25 Jan 2024

Tangkap layar video tular memaparkan mangsa yang terbaring di tengah-tengah lebuh raya terbabit selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya dalam satu insiden kemalangan berdekatan Dengkil.

SEBUAH lori hampir menggilis seorang mangsa kemalangan yang tercampak keluar dari kenderaannya selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Elite arah Utara berdekatan Dengkil, Selangor.

Video rakaman daripada kamera papan pemuka lori terbabit mengenai kejadian tersebut tular di aplikasi Telegram pada pagi Khamis.

Berdasarkan klip berkenaan. lori terbabit dilihat sedang dipandu di lorong tengah sebuah lebuh raya sebelum berhenti secara mengejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring di tengah-tengah jalan.

Lori berkenaan dilihat sempat untuk membrek sebelum melanggar tubuh lelaki berkenaan yang langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

BACA LAGI: Lelaki putus kepala terlibat kemalangan langgar trak pikap tepi jalan di lebuh raya WCE

BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahu jalan punca pemandu Myvi melawan arus, sebabkan kemalangan 5 kenderaan di JB

Pemandu lori terbabit kemudiannya turut kembali berundur bagi memastikan bahawa mangsa tidak digilis oleh kenderaan berat yang dipandunya.

Dalam video berasingan yang diambil oleh pemandu lori terbabit, dia memaklumkan bahawa mangsa tercampak keluar daripada kenderaannya yang didapati sudah terbabas di kiri lebuh raya terbabit.

Pada masa sama, seorang lelaki dilihat turut mendekati untuk memeriksa keadaan mangsa yang masih terbaring di tengah-tengah lebuh raya.

Status kecederaan mangsa dan tarikh sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Namun, difahamkan polis akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram