AHLI Parlimen Tenggara mengambil keputusan untuk menyembelih lembu liar demi mengurangkan kadar kemalangan di Felda Penggeli Timur, Tenggara, Johor pada Isnin malam.
Manndzri Nasib berkata, dia melihat kebanyakan lembu tidak bertuan itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya hingga ada yang meragut nyawa.
“Saya yakin masih banyak lembu liar di sekitar kebun kelapa sawit Felda Penggeli Timur sama ada jalan dari Sayong ke Penggeli atau Inas ke Penggeli," katanya dalam hantaran di Facebook.
BACA LAGI: Percaya atau tidak, Putin, Hitler miliki bakat melukis luar biasa
Dalam rakaman yang dimuat naik, Manndzri menyembelih seekor lembu yang berada di bahu jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori.
Kemudian, lembu yang disembelih dikatakan bakal diagihkan dengan sebaiknya.
Manndzri menambah, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapati telinga haiwan itu tidak bertanda atau tidak dipasang dengan tag.
Dalam pada itu, pihaknya berharap perkara berkenaan boleh diteruskan lagi agar permasalahan kemalangan disebabkan lembu liar tidak berulang.
“Baru nak lelap, kita dimaklum ada lembu kene langgar lori, kita bergegas ke lokasi... Alhamdulillah, sungguh lembu liar, oleh Jabatan itu dalam hayat mustaqirrahnya, kami uruskan penyembelihannya.
“Pada malam ini, kurang seekor lembu liar yang kita tahu sudah meragut nyawa pengguna jalan raya,” katanya.
Manndzri berkata, dia turut mengambil langkah dengan meningkatkan bilangan lampu di kawasan jalan yang kerap berlaku kemalangan.
"Selain itu, perabot jalan juga akan ditambah dengan mesej-mesej peringatan menerusi papan tanda," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Manndzri menerima perhatian netizen dan kebanyakan memberi maklum balas positif terhadap usaha berkenaan.
"Tegas dan pantas. Inilah yang kita mahu," tulis Jamil Hasim.
"Alhamdulillah terbaik Yang Berhormat. Macam inilah bagus buat terus tindakan jangan tunggu lagi. Jalan dari simpang ke lnas ada lubang besar di tengah jalan. Hati hati memandu," tulis Razuli Lee.
"Wow!! Hujan-hujan sup lembu," tulis Awien Ghani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram