[VIDEO] Tercampak 10 meter akibat motor bertembung, remaja maut lumba haram dekat Bogor


  • Benua
  • Ahad, 28 Jan 2024

Tangkap layar ketika mangsa bertembung dengan motor dari arah berlawanan yang mengorbankan nyawanya di Bogor.

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kejadian lumba haram yang berlaku dekat Bogor, Indonesia pada Sabtu malam.

Video insiden tersebut turut dirakamkan individu yang menonton aktiviti haram tersebut dan tular di media sosial serta aplikasi mesej.

Berdasarkan rakaman, kelihatan dua penunggang dipercayai remaja sakan berlumba di jalan tersebut sambil disaksikan sekumpulan penunggang lain.

Walaupun ketika kejadian jalan agak sunyi daripada kenderaan lain, tetapi mangsa tidak sempat mengelak sebuah motosikal lain yang datang dari arah berlawanan sehingga menyebabkan pertembungan berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak luah rasa kesal tanggung rugi lebih RM60,000 sebab ibu kena scam, layan orang tak kenal di WhatsApp

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', ramai pelik couple UK dapat pilihan bayar saman PDRM

Seorang lagi penunggang bagaimanapun terselamat tetapi mangsa tercampak kira-kira 10 meter dan mengalami kecederaan serius pada kepala.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Bogor, Inspektor Desi Triana mengesahkan kemalangan tersebut yang berlaku pada Sabtu malam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram