[VIDEO] Lori terbabas rempuh rumah di Kuala Terengganu dipercayai akibat stereng tercabut


  • Tular
  • Ahad, 28 Jan 2024

Tangkap layar video tular memaparkan keadan lori tersebut yang terbabas sehingga merempuh sebuah kediaman di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu Terengganu.

TULAR satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori bermuatan berat yang merempuh sebuah rumah selepas dipercayai terbabas dalam kejadian di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu Terengganu.

Video mengenai kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp pada petang Ahad.

Berdasarkan info awal diperolehi, lori yang membawa jentera berat itu terbabas selepas sterengnya dipercayai tercabut.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya suara jeritan wanita kedengaran, lori melelong kiri kanan sebelum rempuh kereta di Tasek Gelugor

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 10 tahun antara 2 maut nahas lori rempuh 4 kereta di Jalan Dengkil Banting

Bagaimanapun, pemandu dan penghuni yang terlibat dalam kemalangan tersebut difahamkan terselamat.

Berdasarkan video tular terbabit, bahagian hadapan lori itu dilihat merempuh besi pagar konkrit kediaman berkenaan sebelum berhenti bahagian hadapan rumah tersebut.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram