ACAP kali kita mendengar golongan warga emas menjadi mangsa penipuan dalam talian pada ketika ini dan ada dalam kalangan mereka yang kerugian ratusan ribu ringgit sekelip mata.
Malah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada Jumaat lalu dilaporkan berkata, golongan warga emas dalam lingkungan 60 tahun ke atas lebih mudah menjadi sasaran mangsa penipuan pelaburan dalam talian.
Ini sekali gus menunjukkan warga emas mudah menjadi mangsa penipuan kerana ada dalam kalangan mereka tidak begitu cakna dalam menggunakan teknologi maklumat terutamanya media sosial dan aplikasi seperti WhatsApp serta Telegram sehingga menyebabkan mereka mudah diperdaya.
Trend itu dilihat membimbangkan apabila JSJK merekodkan nilai kerugian tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak 5,389 kes dengan nilai kerugian mencecah RM472 juta.
"Peningkatan mendadak ini menunjukkan ada sindiket yang cuba memancing mereka sehingga terjerumus menjadi mangsa penipuan.
"Modus operandi digunakan sindiket penipuan pelaburan ini untuk mencari mangsa termasuk menggunakan nama individu berpengaruh seperti selebriti dan agamawan," katanya.
Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang wanita terpaksa menelan kepahitan selepas melihat sejumlah wang besar milik ibunya hilang begitu sahaja akibat terlibat dalam skim penipuan di aplikasi WhatsApp.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Nur Shalwani Shari, dia meluahkan rasa kecewa terhadap sikap ibunya yang kerap melayan mesej daripada individu tidak dikenali di aplikasi tersebut sehingga mengalami kerugian RM58,745.
Kejadian itu turut membuka perhatian ramai pihak dan kesedaran pentingnya warga emas perlu mempunyai pengetahuan ketika menggunakan media sosial yang sarat dengan pelbagai kandungan sahih, palsu dan sebagainya.
Kempen kesedaran secara berterusan juga perlu dalam meningkatkan kesedaran risiko penipuan dan cara mengelakkannya. Sehubungan itu, Majoriti menyenaraikan tiga langkah yang boleh diambil oleh anak bagi mengelak daripada warga emas atau ibu bapa mereka menjadi mangsa sindiket penipuan jenayah dalam talian.
Muat turun aplikasi telefon pintar jejak scammer
Aplikasi Whoscall akan memaparkan nombor-nombor yang pernah digunakan oleh scammer yang ada dalam data PDRM.
Bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa, anda boleh memuat turun aplikasi telefon pintar 'Semak Penipu CCID' untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang digunakan, sama ada pernah terbabit dalam kes jenayah komersil.
Aplikasi seperti ini mampu membantu warga emas menyemak data penjenayah tersebut sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.
Dengan ini, masyarakat awam akan lebih berjaga-jaga dan dapat mengelak daripada ditipu oleh sindiket tersebut. Secara tak langsung, dapat mengurangkan kadar jenayah penipuan daripada berleluasa di negara kita.
Selain itu, mereka juga boleh memuat naik aplikasi Whoscall dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Aplikasi yang wujud sejak 2018 ini ditambah baik di mana nombor-nombor yang pernah digunakan oleh scammer yang ada dalam data PDRM akan terpapar di skrin telefon bimbit dengan nota ‘verified scammer’.
BACA LAGI : Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer
Daftar nombor kod pengesahan transaksi (TAC) pada peranti anak
Individu sebagai anak seharusnya memujuk ibu bapa mereka untuk mendaftar nombor kod TAC pada peranti salah seorang anak mereka. — Gambar Hiasan
Memandangkan golongan yang menjadi scam adalah rata-ratanya warga emas, individu sebagai anak seharusnya memujuk ibu bapa mereka untuk mendaftar nombor kod TAC pada peranti salah seorang anak mereka.
Ini kerana mereka boleh menapis apa sahaja transaksi yang dilakukan.
Pastikan anda menyemak akaun bank kedua orang tua anda seminggu sekali bagi memastikan tiada transaksi yang mencurigakan berlaku.
Sekat virus dan iklan pada peranti ibu bapa anda.
Ada banyak pilihan server DNS untuk digunakan. Ada yang fokus privasi, ada yang fokus perlindungan, ada yang mengawal kandungan dewasa.
Untuk menyekat virus dan iklan pada peranti, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini:
1. Tekan Setting.
2. Pergi ke Connection & Sharing
3. Cari pilihan Private Domain Name System (DNS).
4. Tetapan asal telefon adalah Auto. Pilih pilihan Private dan masukkan alamat DNS pilihan anda.
5. Gunakan "dns.adguard.com". Tekan save.
6. Bila nama DNS sudah keluar dan tiada amaran, anda sudah selesai menukar DNS telefon anda.
7. Jika keluar amaran "Can't connect" atau internet tidak berfungsi, boleh cuba hidupkan Airplane Mode dan matikan semula.
8. Jika masih tak ada internet, boleh cuba hidupkan semula telefon anda.
9. Jika internet dan line masih tak berfungsi, berkemungkinan besar DNS tersebut telah disekat telco atau penyedia internet anda.
10.Ada banyak pilihan server DNS untuk digunakan. Ada yang fokus privasi, ada yang fokus perlindungan, ada yang mengawal kandungan dewasa.
BACA LAGI : Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada
Anda sebagai anak juga harus tahu, transformasi digital dalam kalangan warga emas antaranya ialah keupayaan untuk memenuhi keperluan asas mereka melalui teknologi seperti perbankan, perdagangan dan kesihatan dalam talian.
Sehubungan itu, adalah tanggungjawab anda sebagai anak bagi memastikan ibu bapa anda cakna dalam teknologi maklumat supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram