[VIDEO] Drama pemandu Singapura, warga emas sengaja buat-buat jatuh konon ditumbuk


  • Benua
  • Isnin, 29 Jan 2024

Tangkap layar seorarang warga emas didakwa dipukul selepas terbabit dalam kemalangan di Sentosa Gateway, Singapura pada Ahad lalu.

AKIBAT salah faham dan kurang gagal menahan sabar, beberapa beberapa individu berbalah selepas terbabit kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah baru-baru ini.

Memetik laporan media antarabangsa, mothership.sg, kejadian itu berlaku di pada Ahad lalu di Sentosa Gateway, Singapura dan kedua-duanya memandu kenderaan MPV jenis Toyota Alphard.

Susulan daripada kejadian itu, video yang dirakam oleh kedua-dua pemandu turut tular di laman media sosial pada hari yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Dalam kejadian tersebut, salah seorang pemandu yang memakai baju kolar berwarna biru dilihat telah mengasari seorang lelaki warga emas yang memakai baju berwarna merah jambu.

Kedua-duanya dilihat bergaduh mulut dan menjerit antara sama lain terlebih sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Lelaki warga emas itu mendakwa dia telah ditumbuk dan dikasari oleh pemandu berkenaan sambil dia merakam insiden tersebut melalui telefon pintarnya.

Dia juga mendakwa rakan pemandu yang juga seorang wanita telah merampas telefon pintarnya sebelum beredar daripada tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

Enggan berdiam diri dengan fitnah tersebut, pemandu baju kolar berwarna biru turut memuat naik satu lagi video dari rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan.

Dia turut menegaskan tidak menumbuk warga emas berkenaan dan terus beredar dari tempat kejadian selepas kejadian menjadi lebih tegang.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, jelas kelihatan warga emas tersebut meluru ke bahagian depan kenderaan MPV tersebut sebelum menjatuhkan diri.

Pada masa sama, dia turut kelihatan menjerit pada orang awam dan mendakwa dirinya telah dipukul.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram