Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada


  • Massa
  • Isnin, 22 Jan 2024

Lampiran kad pengenalan dan lesen peribadi antara data pengguna yang senang diakses dalam laman web Scribd. — Facebook

MASALAH kebocoran data peribadi semakin menjadi ancaman dalam ruang siber pada ketika ini seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih.

Malah, masalah tersebut dilihat semakin meruncing dalam kalangan kelompok yang buta sistem teknologi maklumat (IT).

Ia sekali gus menyebabkan data seseorang individu itu terdedah kepada umum sekali gus menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer yang semakin berleluasa.

Terbaharu, seorang warga maya, Acu Laa meluahkan kerisauannya selepas data peribadi termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan (IC) dan alamat rumahnya boleh didapati dengan mudah.

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa angkara perbuatan khianat, wanita rugi puluhan ribu kereta hangus terbakar

Dia menyedari perkara tersebut selepas pempengaruh media sosial, Pendakwah Teknologi membuat satu posting kepada pengikutnya untuk cuba mencari data mereka dengan menggunakan IC melalui carian Google.

"Ada data aku habis diploma dan sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR). Naya," tulisnya.

Difahamkan, data peribadi individu tersebut telah dimuat naik oleh orang lain melalui aplikasi Scribd.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

Seorang lagi warga maya, Mohamad Syahir turut meluahkan perkara yang sama apabila maklumat peribadinya turut dimuat naik dalam Scribd.

Hasil pemerhatian Majoriti di laman Facebook Pendakwah Teknologi, kebanyakan data yang terdedah kepada umum dimuat naik ke dalam Scribd tanpa sengaja oleh individu lain.

Hal ini kerana ada segelintir daripada pengguna berasakan data peribadi ke laman-laman terbuka seperti Scribd selamat.

Untuk makluman, Scribd merupakan salah satu laman yang membolehkan pengguna memuat naik dokumen dan berkongsi dengan yang lain.

Namun, salah satu perkara yang menjadi masalah adalah apabila ramai memuat-naik dokumen peribadi dan menetapkannya sebagai akses terbuka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram